CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

May 25, 2006

Nasi Ayam Hailam

Bahan-bahan:-
(sup)
1 ekor ayam
Sos tiram
Kicap pekat
Garam secukup rasa
minyak bijan
1 batang timun dihiris
2 biji tomato dihiris
daun salad
2 inci halia (digiling)
1/2 labu bawang putih (digiling)

cara-caranya:

  • Gaulkan bahan giling bersama ayam, sos tiram, kicap pekat dan garam.
  • Perap selama 4 jam.
  • Kemudian campurkan segelas air dan rebuskan ayam sampai masak.
  • Angkat ayam yg dah masak dan dibasuh supaya halia tidak melekat pada ayam.
  • Kemudian ayam digoreng.
  • Air lebihan dr rebusan ayam ditapiskan dan dijadikan kicap ayam.
  • Potong ayam dan hidanglah dgn hirisan timun, tomato salad dan kicap ayam tadi dicurahkan ke atas ayam.
Bahan-bahan:-
(nasi)
3 cawan beras direndam sampai putih
1 ulas bawang putih dihiris
2 cm halia dihiris
Air rebusan ayam
3 sudu besar mentega utk menumis

cara-cara:-

  • Panaskan mentega, tumis bawang putih dan halia sehingga kuning.
  • Masukkan beras, tumis beras sampai nampak kekuningan.
  • Masukkan air rebusan ayam (anggaran air lebih kurang 1/2 inci dr paras beras)
  • Masukkan garam secukup rasa dan biarkan ia masak.
Bahan-bahan:-
sambal)
5 biji cili besar merah
5-10 biji cili padi
Sos tomato
Limau nipis
Sedikit air,
garam, gula dan bahan perasa.

Cara-cara:-

  • Blend kesemua bahan dan jadilah sambal cili Hidangkan nasi ayam bersama sup, ayam dan sambal cili.

==> masa aku masak aritu..nasi tu cepat basi ..tang mana ntah aku silap :(

0 comments: