CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Jun 29, 2015

Janji jangan dicapati

Happy 5th birthday Khilfi Syahmi. Birthday dia actually 23/6.

Semakin besar semakin banyak akal, semakin banyak agenda2, semakin pandai bergaya, berwangi-wangian...dan yang paling tak boleh tahan semakin pandai melawan ammi.

Sebab birthday dia falls on Ramadhan mmg tak lalulah nak makan kek. Haritu tanya dia nak makan apa to celebrate...dia cuma nak nasi sup sayo and sotong. Alahai...sweet2 je tekak kampung kamu ni.

Janji dengan dia weekend baru beli kek sebab boleh makan dekat rumah muma...sekali abah ngan ammi bebetul lupa. Tengahari ahad tu dia kata.."abah kata nak beli kek abang..mana dia?"

oooooo oooo...jeng jeng jeng.

Jadinya buka semalam pegilah ke Secret Recipe kononnya beli 1 slice letak candle. Tapi apakejadahnya staff tu...kitorang sampai dulu duduk bebetul depan cashier yg dia bediri tu. kitorang dah tgk menu panggil dia, dia tunjuk sign sekejap. oklah. jap tu dia pegi amik order org lain. dtg org lain lagi...dia pegi kat org tu plak. Mmg hareeemmmm betullah. ko hingat aku makan free ke apa? aku anak branak blah je dr situ terus pegi ke domino sbb itu je tmpt yg aku ingat ada cake kecik.

Makan ala kadar je..just buat berbuka.







Tapi kek makan kat kedai lain hahahha..



Kiranya makan pizza pastu take solat break pastu sambung makan satay plak sbb kyra kata dia tak kenyang. Huhuhu.

Aug 13, 2014

Dia dan comin mato

Anak bujang ni tak sudah2 bergaya ngan spec mata ni lately. Padahal spec ni kakak yang punya...sampai kat dia...dia kata itu spec dia sebab abah tak belikan untuk dia.

Promised kakak to get her 1 new spec...malas nak dengar dorang bertekak pasal spec 8 hengget ni.


Siap paksa ammi snap gamba dia. Ayat dia..."ammi gambarlah abang".


Ammi tahan gelak je tengok dia tukar2 pose


Dah macam pose untuk majalah mangga je nak.


Ni gamba malam kelmarin. Beriya paksa ammi amik gamba dia. Ammi bantai terkekek sebab telinga dia terkepit camtu. Hadoyaiiii

Mar 12, 2014

testing

test guna apps bliggeroid utk update blog.








boleh letak caption




maaplah penyokong2....akak enterpremkan pakcik ni...

posted from Bloggeroid

Jul 25, 2008

Ayam Berlado

Ni masakan yang Mrs. Kay paling suka masak. Ntah kenapa. Mungkin kena ngan citarasa Mr & Mrs. Kay yg sememangnya gemarkan yang podeh2.

Photobucket

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam dipotong sederhana
  • 1 biji bawang merah dipotong bulat
  • 1 ulas bawang putih
  • 10-15 biji cili padi
  • 1 cm belacan
  • Air asam jawa
  • Garam & gula
  • Minyak
Cara-cara
  1. Gaulkan ayam dengan garam & kunyit dan goreng sederhana garing
  2. Tumbuk sedikit bawang merah, putih, cili padi & belacan hingga lumat
  3. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik wangi dan agak garing
  4. Masukkan air asam jawa sikiiiiiiittttt je
  5. Masukkan garam & gula
  6. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi
  7. Masukkan jugak balance bawang merah yang dipotong
  8. Gaul and ready to be served.
Lauk ni den gomar boto kalau lawan an dongan sup. Nak lawan an dongan masak lomak cili api pun buleh gaklah..tapi kok berapi2 kang..hahah

Sawi Goreng Udang Kering

Mrs. Kay memang tak boleh makan tanpa sayur. Walaupun takde ayam, daging atau seafood ada 2-3 sayur pun dah memadai plus kena ada yang pedas.















Bahan-bahan
  • 1 ikat sawi
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit udang kering
  • Garam
  • Sos Tiram
  • Air
  • Minyak
Cara-cara
  1. Tumbuk bwg merah, putih dan udang kering sehingga agak lumat
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk
  3. Masukkan sos tiram (sikit je, kasi rasa)
  4. Masukkan sayur dah tambah sikit garam dan air
  5. Gaul sekejap dan siap.
Mrs. Kay suka sayur yang agak fresh...so MK balik2kan kejap je. Kalau layu sangat macam dah tak best nak makan.

Daging Halia (Ginger Beef)















Bahan-bahan
  • 1/2 kg daging btg pinang (lembut sikit)
  • 2-3" halia dihiris
  • 1 ulas bawang putih dihiris
  • 1 labu bawang merah sederhana dihiris
  • 1 camca teh tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
  • Air
  • Garam
  • Daun bawang (dipotong agak2 1 1/2 ")
Cara-cara
  1. Panaskan minyak sikit je
  2. Tumis bahan yang dihiris sehingga naik wangi
  3. Masukkan daging dan kecilkan api. Biar sehingga air daging tu keluar
  4. Agak2 daging dah empuk lebih kurang 20 minit masukkan garam
  5. Tambah air sikit jika perlu
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah
  7. Masukkan juga daun bawang
  8. Siap utk dimakan

Sotong Bersos Tiram















Bahan-bahan
  • 4-5 ekor sotong saiz sederhana
  • 2 inci halia dihiris memanjang
  • 1 biji bawang merah dihiris bulat
  • 1 biji bawang putih dihiris memanjang
  • Cili padi or cili merah dihiris
  • 2 urat Daun kari
  • Sos Tiram
  • Garam & Gula
  • Air

Cara-cara
  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan yang dihiris dan daun kari
  3. Setelah wangi masukkan sotong yang telah dipotong bulat
  4. Masukkan juga sos tiram soon as sotong dimasukkan.
  5. Kacau rata dan tambah sedikit air pada yang gemar masakan berair
  6. Tambah garam & gula jika perlu. (Diingatkan sos tiram tu dah masin)
  7. Last but not least boleh tambah bancuhan tepung jagung kalua nak kuah yang pekat.
  8. Ready to be served

Jul 19, 2008

Ayam Masak Kicap Bercili















Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam dipotong agak kecil
  • 1 biji bawang merah dipotong bulat
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2" halia
  • Cili kisar @ cili padi (diketuk/dihiris)
  • Kicap pekat
  • Minyak
  • Sedikit kayu manis & bunga lawang
Cara-cara
  1. Lumur ayam yang dipotong dengan kunyit & garam dan goreng
  2. Dengan baki minyak, tumis bawang, halia, kayu manis, bunga lawang, dan juga cili
  3. Agak2 pecah minyak (kalau pakai cili blend), masukkan kicap pekat
  4. Bila dah menggelegak, masukkan ayam dan baki bawang merah yang dipotong bulat
  5. Dah siap. Boleh letak daun sup & daun bawang kalau nak tambah seri

May 25, 2006

Mushroom Soup

Bahan-bahannya:-
1 camb mentega
1 camb marjerin
1 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 labu bawang besar, dikiub kecil
500 g cendawan butang, dihiris nipis
400 ml susu segar
1 kiub stok ayam/1 camb serbuk stok, jika suka
1 camb tepung jagung (dibancuh dengan 2 camb air)
garam & serbuk lada hitam
daun parsli, utk hiasan

Cara-caranya:-

  • Panaskan mentega dan marjerin
  • Tumis bawang putih dan bawang besar atas api perlahan hingga wangi.
  • Masukkan cendawan, kacau dan tutup periuk.
  • Masak selama 10 min sambil dikacau sekali-sekala.
  • Angkat dan kisar atau proses hingga halus.
  • Kembalikan ke dalam periuk semula
  • Masukkan susu, stok, tepung jagung dan garam.
  • Kacau tanpa henti hingga sup pekat.
  • Tambah serbuk lada hitam
  • Apa lagi..bleh lah mamam...

Nasi Ayam Hailam

Bahan-bahan:-
(sup)
1 ekor ayam
Sos tiram
Kicap pekat
Garam secukup rasa
minyak bijan
1 batang timun dihiris
2 biji tomato dihiris
daun salad
2 inci halia (digiling)
1/2 labu bawang putih (digiling)

cara-caranya:

  • Gaulkan bahan giling bersama ayam, sos tiram, kicap pekat dan garam.
  • Perap selama 4 jam.
  • Kemudian campurkan segelas air dan rebuskan ayam sampai masak.
  • Angkat ayam yg dah masak dan dibasuh supaya halia tidak melekat pada ayam.
  • Kemudian ayam digoreng.
  • Air lebihan dr rebusan ayam ditapiskan dan dijadikan kicap ayam.
  • Potong ayam dan hidanglah dgn hirisan timun, tomato salad dan kicap ayam tadi dicurahkan ke atas ayam.
Bahan-bahan:-
(nasi)
3 cawan beras direndam sampai putih
1 ulas bawang putih dihiris
2 cm halia dihiris
Air rebusan ayam
3 sudu besar mentega utk menumis

cara-cara:-

  • Panaskan mentega, tumis bawang putih dan halia sehingga kuning.
  • Masukkan beras, tumis beras sampai nampak kekuningan.
  • Masukkan air rebusan ayam (anggaran air lebih kurang 1/2 inci dr paras beras)
  • Masukkan garam secukup rasa dan biarkan ia masak.
Bahan-bahan:-
sambal)
5 biji cili besar merah
5-10 biji cili padi
Sos tomato
Limau nipis
Sedikit air,
garam, gula dan bahan perasa.

Cara-cara:-

  • Blend kesemua bahan dan jadilah sambal cili Hidangkan nasi ayam bersama sup, ayam dan sambal cili.

==> masa aku masak aritu..nasi tu cepat basi ..tang mana ntah aku silap :(